Tuesday, October 5, 2010

Lawatan SKC 2010 ke melaka

Dapatkan berita semasa melalui facebook saya..rosnan

Sunday, August 1, 2010

Perasmian Perkhemahan Pasukan Seragam 2010


Berlangsung pada 29,30 dan 31 hb Julai 2010. Seramai 149 orang murid dari tahun 4,5 dan 6 menyertai perkhemahan tersebut.Murid tersebut dari empat pasukan iaitu Pengakap,Bulan Sabit Merah,Puteri Islam dan juga Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Banyak Program telah di atur bagi mengisi perkhemahan tersebut.Antaranya Menjejak denai,Pertandingan kawat kaki,Pertandingan memasak,pertandingan membuat gubahan dan juga persembahan pentas.
Pada malam persembahan pentas, bukan sahaja murid dan guru yang hadir,malahan ibubapa yang tinggal berdekatan dengan sekolah juga turut hadir menyaksikan persembahan dari murid-murid sekolah.
Kemuncak perkemahan adalah pertandingan kawat kaki. Majlis penutup perkemahan ini disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Krai,Tuan Haji Zulkifli Mohd.Noor.

Wednesday, June 30, 2010

Makan Malam Asrama






Buat julung kalinya Pihak pengurusan Asrama SK.Chenulang mengadakan makan malam asrama. Antara pengisian nya adalah pertandingan persembahan daripada penghuni asrama antaranya koir, nyayian, dikir barat dan sketsa. Sebanyak lima hadiah utama disediakan untuk para pemenang. Manakala penyampaian hadiah pertandingan melukis sempena hari guru untuk penghuni asrama juga di adakan malam ini.
Majlis ini dihadiri oleh Guru besar, YDP PIBG, Guru-guru serta kakitangan yang berada di kawasan berdekatan.
Semua tetamu dihidangkan dengan jamuan BBQ ayam,Ikan dan Udang.
Kemuncak persembahan adalah Tuan Guru Besar telah menghiburkan penghuni dengan beberapa buah lagi sambil memetik gitar.
Adalah diharapkan majlis seumpama ini akan terus diadakan buat masa yang akan datang.

Thursday, June 10, 2010

Selamat Pengantin Baru


Diucapkan selamat pengantin Baru kepada Dayan Edayu (Pembantu Tadbir Rendah SK.Chenulang) Yang telah selamat diijabkabulkan pada pagi ini 10hb Jun 2010 di Masjid Padang Tembak dengan Pasangannya Rizal juga sejawatan dengan nya.Seluruh Warga SKC mengucapkan selamat Pangantin Baru dan di doakan semoga kekal abdi hingga ke selamanya.

Thursday, June 3, 2010

Motivasi Murid Tahun 4,5 dan 6




Berlangsung Motivasi ibubapa dan murid tahun 4,5 dan 6. Program anjuran Unit Kaunseling SK.Chenulang merupakan program khas peningkatan kecemerlangan sekolah. Ajuran bersama PIBG dan juga Pihak sekolah dengan penceramah jemputannya adalah Ustaz Mohd Zaki bin Muhamad (Bekas Guru).
Seramai 250 orang ibubapa hadir bagi mendengar ceramah motivasi anjuran PIBG ini. Semoga dengan adanya program ini dapat meningkatkan lagi kecemerlangan akademik sekolah ini.

Sunday, May 23, 2010

Wira Bola Tampar Sekolah



Walaupun Gagal menjuarai perlawanan Bola Tampar Negeri, Namub begitu Kontijen SK.Chenulang Mampu membawa pasukan Bola Tampar yang menjadi ATOS Sekolah mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain di peringkat negeri. Pasukan ini telah berjaya mendapat tempat di dalam perlawanan tersebut. Tahniah dan syabas kepada PK Ko dan juga Jurulatih pasukan kerana berjaya membawa pasukan ke peringkat Negeri mewakili Kuala Krai.Ini adalah antara wajah-wajah wira SK Chenulang dalam sukan Bola Tampar.

Sunday, May 16, 2010

HARI GURU 2010






Hari ini 16 Mei,SK.Chenulang tidak ketinggalan dalam menyambut hari guru peringkat sekolah. Antara aktiiviti yang di susun adalah pada sebelah paginya membaca perutusan hari Guru dari Menteri Pelajaran Malaysia dan juga perutusan dari KPPM.
Majlis ini juga diserikan dengan nyanyian beramai-ramai lagu Guru Malaysia dan juga Lagu Tema hari guru tahun ini iaitu "Guru Pembina Negara Bangsa".Sebagai simboliknya murid memberikan hadiah sekuntum bunga dan melekatkan pin hari guru di baju guru-guru tanda penghargaan murid kepada guru-guru.Turut serta didalam majlis ini ialah En.Mamat bin Awang, Dari PPD Kuala Krai merangkap penghulu Zon 5.
Selesai sahaja pembacaaan perutusan, Warga SK.Chenulang telah menyertai senamseni. Senamseni ini telah diketuai oleh Pn Farahwahida dan juga Puan Zalina Aziz.Kedua-dua guru ini dibawa khas oleh guru besar dari SK.Long Gafar ,Kota Bharu. Senamseni ini berlangsung selama satu jam yang memuatkan pergerakan tarian dari masyarakat majmuk malaysia iaitu melayu,Cina,India,Iban,Kadazan,Kaum orang asli.
Selesai majlis senamseni, Acara dewan diadakan. Antara acara adalah persembahan dari Guru dan juga murid.
Murid-murid dihidangkan dengan aiskrim secara percuma sumbangsih dari guru-guru SK.Chenulang.

Saturday, May 15, 2010

Majlis Jamuan Keraian





Warga SK.Chenulang telah mengadakan jamuan bagi meraikan warga nya yang telah bertukar ke sekolah baru, antaranya adalah Guru Besar yang bertukar ke SK.Bukit Marak (Puan Zarina) dan juga Penolong Kanan HEM(En.Ahmad Sapawi) ke SK.Kampung Tengah.
Turut hadir di majlis ini ialah Guru besar sekarang en.Rosnan Mohamad dan juga YDP PIBG En.Aziz.

Sunday, May 9, 2010

Sambutan PK HEM yang Baru



Selamat datang diucapkan kepada En.Alawi bin Mustafa dari SK.Kampung Baru,Pasir Mas. Beliau akan mula menjalankan tugas sebagai Penolong Kanan Hem SK.Chenulang mulai hari ini.
Seramai 9 orang Guru diiringi oleh En.Mohd Amizan bin Ariffin sebagai penolong kanan Pentadbiran SK.Kampung Baru.
Semoga dengan adanya penolong Kanan HEM yang baru, SK.Chenulang akan menjadi sekolah yang cemerlang dan terbilang.

Thursday, May 6, 2010

Sambutan Di SK.Kampung Tengah





Hari ini majlis menghantar En.Ahmad Shapawi ke SK.Kampung Tengah. PK Pentadbiran Hjh.Zainun dan juga Guru Besar En.Rosnan turut menghantar beliau.
Pada jam 12.25 Tengahari, rombongan sampai dan sambut oleh guru-guru SK.kampung tengah dan juga Guru Besarnya iaitu En.Roznan.
Pada Hari yang sama juga majlis meraikan pertukaran penolong Kanan HEM sekolah ini ke SK.Bahgia.
Kedua-dua PK Hem telah menandatanagi MOU , Dokument serah tugas di depan Guru Besar SK.Kag Tengah.

Majlis Perpisahan PK HEM




Hari ini merupakan hari terakhir buat En.Ahmad Shapawi sebagai PK Hem SK.Chenulang. Majlis perpisahan beliau di adakan di tapak perhimpunan dalakm keadaaan Suram. SK Chenulang telah kehilanga seorang penolong kanan yang banyak menyumbangkan jasa baik dan bakti kepada sekolah.
En.Ahmad Shapawi mula bertugas di SK.Chenulang pada tahun 1998. Selama beliau berada di SK.Chenulang, beliau banyak membantu membangunkan sekolah dari segi memantapkan disiplin sekolah dan juga berjaya membawa Asrama SK.Chenulang ke pertandingan Asrama Desa keperingkat kebangsaan.
Selamat bertugas di Sekolah Baru. SK.Kampung Tengah

Saturday, May 1, 2010

Lawatan Ke Pesta Buku Kelantan





Hari ini seramai 40 orang murid penghuni Asrama Desa telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku kelantan 2010. Murid ini telah diiringi dengan seorang Warden Asrama,penyelia serta PPM Asrama.Guru Besar Sekolah juga turut bersama murid ke Pesta Buku ini.
Adalah diharapkan dengan lawatan ini, murid SK.Chenulang akan melihat sendiri buku-buku bacaan yang dipamer dan dijual di sini. Murid SK Chenulang sempat ditemuramah oleh pengacara pesta buku, Setelah diajukan soalan mudah, mereka diberikan hadiah berupa buku bacaan.
Dalam lawatan ini juga murid SK.Chenulang mengambil kesempatan untuk melihat Pameran Pertanian dan ternakan yang diadakan diperkarangan Stadium Sultan Muhamad IV. Di Pameran ini di tunjukkan pelbagai teknologi terbaru sektor pertanian.

Wednesday, April 14, 2010

Program Mentor-Mentee

Hari ini 14 hb April berlangsung program mentor mentee di mana di dalam majlis ini semua ibu bapa yg hadir akan membuat penyerahan secara simboliknya anak-anak mereka kepada guru SK.Chenulang.
Seramai 75 orang ibubapa hadir di dalam majlis tersebut. Didalam ucapan perasmiannya Tuan Guru Besar meminta semua ibubapa memberi kerjasama dalam memajukan dan mempertingkatkan prestasi UPSR 2010 dengan memberi perhatian kepada anak-anak manakala di sekolah pula guru-guru akan mngesan di mana kelemahan mentee nya dan dengan segera memberi bantuan menyelesaikan masalah pembelajaran anak-anak angkat mereka,
Harapan Guru Besar agar tahun ini SK.Chenulang akan melonjakkan kecemerlangan yang menjadikan sk.Chenulang terbilang.

Sunday, April 11, 2010

PROGRAM BULAN BAHASA DAN BULAN MEMBACA


11 April, Telah berlangsung majlis perasmian bulan Bahasa dan Bulan Membaca peringkat sekolah Kebangsaaan Chenulang. Majlis ini telah di sempurnakan perasmiannya oleh Tuan Guru Besar SK.Chenulang.
Antara pengisian program ini adalah:-
1. Program galakan membaca.
2. Pertandingan Membaca berita.
3. Pertandingan menulis karangan
4. Program galakan Nilam
5. Pertandingan membaca puisi

Sunday, April 4, 2010

JOM KE SEKOLAH



Hari ini, 4 April 2010. Berlangsung pelancaran Jom Ke sekolah. Program ini bertujuan mengurangkan atau dalam kata lain sifar ponteng. Program yang mengajak murid-murid SK. Chenulang agar suka ke sekolah. Program yang di sarankan oleh Jabatan Pelajaran Kelantan unit Disiplin Hal Ehwal Murid.
Di Sekolah Kebangsaan Chenulang telah selamat di rasmikan pelancarannya oleh Ybrs Tuan Guru Besar sekolah ini. Sebagai galakan kepada murid yang tidak pernah ponteng sekolah, pihak sekolah telah menyampaikan hadiah galakan kepada mereka.
Harapan Tuan Guru Besar setelah program ini dilancarkan agar semua murid SK.Chenulang akan selalu hadir ke sekolah dan peratus kehadiran meningkat bagi mencapai matlamat sifar ponteng.

Friday, March 26, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KE36




Khamis,25 Mac 2010

SK Chenulang telah mengadakan mesyuarat Agung PIBGnya Kali ke 36. Mesyuarat ini berlangsung dengan jayanya di dewan SK.Chenulang. Di Dalam MAjlis tersebut
YBhg. DATO' RAMZI BIN AB. RAHMAN telah sudi menyempurnakan Perasmian Mesyuarat tersebut dan menyampaikan anugerah murid cemerlang 5A 2009 SK.Chenulang . Hadiah galakan ini bertujuan memberi perangsang kepada calon-calan UPSR tahun ini agar gigih berusaha. Seramai 5 Orang murid Cemerlag 5 A dan 7 orang murid 4A 1B menerima anugerah tersebut. YBhg Dato' ingin melihat anak-anak chenulang dalam pelajaran dan berjaya melanjutkan pelajaran ke pertingkat yang lebih tinggi.Pelbagai Program telah di jalankan di sekolah ini bagi mempastikan anak-anak Chenulang berjaya. Dalam ucapan nya, Ybhg Dato' akan berusaha untuk menubuhkan pusat maklumat di Chenulang dalam jangkamasa terdekat ini.Pusat ini akan menempatkan 20 unit komputer bagi kegunaan anak-anak Chenulang agar mendekatkan Jurang Digital antara kawasan Kampung dan Bandar Semua program ini tidak akan berjaya tanpa bantuan ibubapa dan juga PIBG.

Tahun ini Telah diadakan pemilihan AJK bagi sessi 2010-2012. Beberapa muka baru telah di lantik dan muka-muka lama dikekalkan antaranya YDP dan juga Naib YDP PIBG.

Sunday, March 7, 2010

PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH


Hari ini, berlangsung majlis pelancaran minggu anti dadah peringkat sekolah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ybrs.Tuan Guru Besar Encik Rosnan Mohamad.
Antara Aktiviti yang dirancang adalah ceramah dari AADK Kuala Krai, Pameran Anti Dadah dan juga melukis Poster Antidadah.
Semua aktiviti melibatkan semua murid prasekolah,Tahun 1 hingga 6.

Thursday, March 4, 2010

PERARAKAN MAULUDIRASUL


Hari ini,4 hb Mac 2010. SK Chenulang mengadakan majlis sambutan maulidurrasul bagi meraikan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Majlis dimulai dengan perarakan mengelilingi kampung RPT Chenulang sejauh 2km. Seramai 545 orang murid dan juga 40 orang guru telah menyertai perarakan tersebut sambil berselawat. Ini merupakan majlis pertama buat Guru Besar yang baru menjalankan tugas di sekolah ini. Dalam ucapan nya Guru Besar menyeru kepada semua warga SK Chenulang agar bersama-sama mencontohi keperibadian Rasullullah dan menjadikan amalan setiap hari.
Selesai berarak mengelilingi kampung, terdapat juga syarahan agama yan berlangsung di dewan yang juga diselang selikan dengan persembahan murid antaranya Nasyid, bercerita kisah nabi dan juga kuiz.
Pada sebelah tengaharinya murid dihidangkan dengan jamuan nasi.
>>Foto Lengkap perarakan tersebut >>>

Tuesday, February 16, 2010

SALAM PERKENALAN


Assalamualaikum Warahmatullah...
Syukur Alhamdulillah akhirnya SK.Chenulang kini mempunyai Blognya yang tersendiri. Terima kasih kepada semua Guru dan kakitangan SKC yang telah sama-sama memberi sumbangan bagi mewujudkan laman blog yang akan memaparkan segala peristiwa yang berlaku dan akan berlaku di sini.
Adalah menjadi harapan saya sebagai Guru Besar SK.Chenulang agar laman Blog ini memberi menafaat kepada semua, bukan sahaja kepada warga SKC, Penduduk setempat dan juga seluruh warga PPD Kuala Krai.
Insyaalah mula saat ini segala yang berlaku di SK Chenulang akan kami paparkan untuk tatapan tuan dan puan semua.

SILA TAIPKAN MESEJ ANDA